Kerajaan menganggarkan sejumlah tujuh bilion hingga lapan bilion ringgit kontrak perolehan dan kerjasama industri pertahanan akan dapat dicapai menerusi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023.<br /><br />Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, LIMA 2023 akan menjadi lokasi untuk pemain industri bertukar pandangan selain turut menjalinkan kerjasama antara negara.